LAVA CAKE...




      Kek Lava yang sangat enak...oozing with goodness. Namanya pun lava sebab bilamana dipotong sahaja bahagian tengahnya, maka keluarlah cairan bak gunung berapi yang boleh melemahkan semangat mana-mana penggila coklat dan dessert. Setengah jam saja diperlukan untuk menyediakan dessert ini. Jadi, paling sesuai untuk last minute dessert (kalau tetamu datang secara tiba-tiba) tapi nampak sangat impressive, lebih-lebih lagi jika diletakkan strawberry atau raspberry diatasnya. Resepi ini dari Pastry Arts Academy dan insyaAllah jadi kalau ikut saja steps yang diberi.

      Caranya, yang petama, di dalam double boiler, cairkan 230g dark chocolate (compound, tapi jika couverture yang disukai walaupun mahal, silakan) dan 225g butter. Masukkan 250g gula halus atau caster dan kacau hingga gula larut. Padamkan api dan steps seterusnya amat penting di mana 210g putih telur dimasukkan perlahan-lahan ke dalam double boiler (api dipadamkan tetapi periuk air di bawah jangan dialihkan) dan pastikan terus mengacau sehingga adunan jadi agak likat sedikit. Jika dikacau tidak berterusan nanti putih telur akan berketul-ketul dan tak rata.  Boleh alihkan mangkuk tu dari periuk dan ayakkan 120g tepung (gandum/superfine) ke dalam adunan tadi. Kacau rata.

     Seterusnya, masukkan adunan ke dalam mangkuk pembakar yang kecil atau ring mould. Saya gunakan souffle cup seperti di bawah, cukup untuk 1 serving:



    Brush dulu bahagian dalam dengan  butter dan tabur sikit tepung (kalau nak serve terus tak perlu tabur tepung sebab tepung tu untuk memudahkan bila kita invert atau keluarkan kek dari bekas). Pastikan oven dah preheat 180C. Step penting seterusnya, jika terus dibakar selepas siap adunan (maksudnya adunan masih lagi suam) bakar 13-15 minit. Jika adunan dah sejuk sikit (dibiarkan sejam lepas dibuat contohnya0, bakar 15-18 minit. Jika dah disimpan dalam peti sejuk, bakar 18-21 minit.

    Sambil menunggu kek masak, pukul whip cream dan bila kek masak, terus hidangkan. Boleh tabur icing sugar sikit (kasi cantik), letak whip cream dan susun strawberry atasnya. Untuk kek lava yang lebih, yang disimpan dalam peti sejuk,  panaskan saja dalam microwave sebelum dimakan, nanti lavanya akan cari semula. Jadi maksudnya, bolehlah dibuat sarapan pagi bersama secangkir kopi.

   

No comments:

Post a Comment